Posts

apa guna

Kau si tua, Apa guna, makin berusia, tapi mulut nista? Apa guna, kau si gadis, Muka cantik, bertudung segala, namun tingkah tak jaga? Dan kau lelaki celaka, Apa guna, sibuk mencintai, dalam masa yg sama melukai? Dan kamu sendiri, Yg kononnya tabah, Apa guna, Sabar menanti, kalau terus dibenci? Pergi... Dan jgn pernah kembali..

pergi

Pergilah kau, Membawa diri, membawa rasa pilu di hati. Pergilah kau, menghilang dari pandangan mereka, manusia celaka, yang cuma tahu menghulur nista. Pergilah kau, membawa diri dari mata mereka, yang sebenarnya syaitan bertopeng manusia. Pergilah kau, mencari diri, mencari bahagia yg sebenar. yg pasti bukan dgn mereka. Pergilah, usah kau toleh kembali, usah kau tunggu lagi. pergi. Kebahagiaan menanti. Di hujung jalan nanti.

random

Pada satu masa, Dimana kau merasa sgt lelah dan kecewa-- Lihatlah langit. Langit itu-- Simpan sejuta rahsia, Kecewa manusia, sedih manusia, Dia menjadi saksi. Kemudian, lihatlah pada tanah. Tanah itu-- Juga menjadi saksi, Sendu ribuan manusia menangis meratapi Kisah masing-masing. yang pasti, Semua punya kisah sendiri. Dan ingatlah, Saat kau kecewa, Kau masih punya Dia, Yang sentiasa punya masa Untuk mendengar rintihan sang hamba. Ingatlah, Ujian itu mendidik hati. Ujian itu tanda sygNya. Kerana itu Dia menguji. Harus kau tahu. Dia lebih tahu. Dan dia sdg menyediakan yg terbaik buatmu.

paling sakit

Paling sakit, bila kau sayang dia, Tapi sayang kau langsung tak bermakna untuk dia. Paling sakit, bila kau cuba buat baik, tapi langsung tak dipedulikan. Paling sakit, bila kau pentingkan dia, tapi kau langsung tak penting bagi dia. Paling sakit, bila kau nak rapat, tapi kewujudan kau macam halimunan. Dan paling seksa, bila kau cuba ceria, padahal kau sembunyikan derita. Sebab-- Apa yg org nampak, kau kuat. kau tabah. Dan mungkin jugak-- org ingat kau hati batu, Yg langsung tak punya hati. utk dijaga.

sendiri

Sendiri-- kadang lebih bererti utk kenal diri sendiri. kadang lebih bermakna utk lari dari mata manusia. Sendiri-- Senang. tenang. tak peduli. Sebab memang, Kadang kita perlu masa utk bersendiri. dan muhasabah diri.

pura-pura

Pura-pura. Hipokrit. Talam dua muka. Bermuka-muka. Sebab tu orang kata jangan percaya. baik aku, dia ataupun mereka. sebab semua tak boleh percaya. Semua berpura-pura. pura-pura bahagia, pura-pura gembira, pura-pura kuat. pura-pura sihat. Sebab, cuma itu cara untuk terus bersemangat, walau yg tersirat sbnrnya rapuh sangat.

jodoh?

Kau kata kau percaya jodoh, kau kata kau kuat, tapi kenapa bila kau berpisah dgn dia, kau menangis tak tentu hala, moody tk semena, mengamuk macam org gila? Kenapa? Dulu kata percaya jodoh segala. mana hilang semua? Hilang ditiup angin? atau terhakis dek badai ombak? Kau yang kononnya kuat, kononnya mampu tabah. ah dusta belaka. kau sebenarnya takut-- takut hilang dia yg selama ni selalu kongsi gelak ketawa, kongsi cerita, takut dia jumpa 'dia' yang lebih sempurna, lantas kau terus hilang, dalam memori yang bakal dikambus cerita cinta mereka.  Kau takut. kau tak boleh terima. Eheh.