Posts

Showing posts from April, 2015

random

Pada satu masa, Dimana kau merasa sgt lelah dan kecewa-- Lihatlah langit. Langit itu-- Simpan sejuta rahsia, Kecewa manusia, sedih manusia, Dia menjadi saksi. Kemudian, lihatlah pada tanah. Tanah itu-- Juga menjadi saksi, Sendu ribuan manusia menangis meratapi Kisah masing-masing. yang pasti, Semua punya kisah sendiri. Dan ingatlah, Saat kau kecewa, Kau masih punya Dia, Yang sentiasa punya masa Untuk mendengar rintihan sang hamba. Ingatlah, Ujian itu mendidik hati. Ujian itu tanda sygNya. Kerana itu Dia menguji. Harus kau tahu. Dia lebih tahu. Dan dia sdg menyediakan yg terbaik buatmu.

paling sakit

Paling sakit, bila kau sayang dia, Tapi sayang kau langsung tak bermakna untuk dia. Paling sakit, bila kau cuba buat baik, tapi langsung tak dipedulikan. Paling sakit, bila kau pentingkan dia, tapi kau langsung tak penting bagi dia. Paling sakit, bila kau nak rapat, tapi kewujudan kau macam halimunan. Dan paling seksa, bila kau cuba ceria, padahal kau sembunyikan derita. Sebab-- Apa yg org nampak, kau kuat. kau tabah. Dan mungkin jugak-- org ingat kau hati batu, Yg langsung tak punya hati. utk dijaga.

sendiri

Sendiri-- kadang lebih bererti utk kenal diri sendiri. kadang lebih bermakna utk lari dari mata manusia. Sendiri-- Senang. tenang. tak peduli. Sebab memang, Kadang kita perlu masa utk bersendiri. dan muhasabah diri.

pura-pura

Pura-pura. Hipokrit. Talam dua muka. Bermuka-muka. Sebab tu orang kata jangan percaya. baik aku, dia ataupun mereka. sebab semua tak boleh percaya. Semua berpura-pura. pura-pura bahagia, pura-pura gembira, pura-pura kuat. pura-pura sihat. Sebab, cuma itu cara untuk terus bersemangat, walau yg tersirat sbnrnya rapuh sangat.

jodoh?

Kau kata kau percaya jodoh, kau kata kau kuat, tapi kenapa bila kau berpisah dgn dia, kau menangis tak tentu hala, moody tk semena, mengamuk macam org gila? Kenapa? Dulu kata percaya jodoh segala. mana hilang semua? Hilang ditiup angin? atau terhakis dek badai ombak? Kau yang kononnya kuat, kononnya mampu tabah. ah dusta belaka. kau sebenarnya takut-- takut hilang dia yg selama ni selalu kongsi gelak ketawa, kongsi cerita, takut dia jumpa 'dia' yang lebih sempurna, lantas kau terus hilang, dalam memori yang bakal dikambus cerita cinta mereka.  Kau takut. kau tak boleh terima. Eheh. 

lagu.

Lagu-- kpop, english, jpop, melayu, semua kau tahu, Semua kau hafal. Semua kau handal. Oh tak lupa--nasyid. Walau kadang selalu skip. Tapi bila suruh hafal surah, Hafal hadis, Banyak alasan, Lebih dari bilangan batu kat jalan. Bila cakap kau duniawi, mula melenting hari-hari, sebab rasa macam makan cili. Pedas, panas berapi. Nak cakap ukhrawi, mana bukti? Tepuk dada, tanya hati. kau kenal diri sendiri.

pelajar.

Kalau dah namanya pelajar-- mana pernah terlepas dari kuiz berjoget-joget, mana pernah lari dari dari presentation berderet-deret, mana pernah bahagia hidup tanpa assignment berbukit-bukit. Jangan cakap kau pelajar kalau-- Kau bahagia tanpa stress, kau bebas dari baju tak berbasuh, kau ceria berjimba sakan takyah pikir masalah dunia. Eleh. konon. padahal sekalipun kau pelajar, selagi belum kuiz, jgn harap kau bukak buku. selagi belum due date, jgn harap kau berkawan dgn meja siapkan assignment lab report bagai. Sebab-- selama katil ada, selagi itu katil menjadi pilihan pertama. Selama itu tidur jadi hobi utama. jgn tipu. aku tahu. sebab aku pun macam tu.

shopping di lazada and cara buat payment.

Image
Hem. Aku tetiba terasa nak update cara shopping online dgn website mcm  www.nile.com.my  since aku berpuas hati dengan servis dia. Kdg ramai yg tak reti shopping dgn web mcm ni sbb takboleh nak tanya seller mcm igshop. Tu mmg pun. Self servis aa lebih kurg. Tp best! Oho, btw Nile ni sangatlah murah dari Lazada Zalora whatsoever. Utk student yg berjimat cermat macam aku sangat sesuai except la the one yg jenis suka pakai mahal. Lol. Back to main topic. Ni cara shopping kat Lazada.  First: Register dulu. So nanti korang boleh la add to chart terus. Senang sangat nak register tu ha.  Second: Choose the things yang korang berkenan. Penuhi semua maklumat yg dia nak---saiz ke apa ke. Tekan situ nti jd hitam tanda korg dah tekan. Then tekan buy now. Third:  Bila tekan buy now, dia akan keluar sama ada nak proceed to check out atau continue shopping. Pilih la either one. Forth: Bila proceed to checkout, dia akan tunjuk la total whatsoever nanti. Then lengkapkan d

yang namanya kawan.

Yang namanya kawan itu, mana pernah cakapnya bertapis, mana pernah tingkahnya sopan, mana pernah rentaknya halus berbudi. Sebab, dengan mereka, kita jadi kita, kita tak berpura-pura, Sebab, mereka kenal kita. walau tak banyak-- tapi cukup nak buat kita selesa.

senyum

senyum-- bukan sekadar espresi biasa, bukan juga sekadar pemanis muka, dan pasti juga bukan hanya senyuman biasa. tapi, dibalik senyum itu-- tersimpan seribu derita, tersimpul sejuta rahsia, terpendam beribu kecewa. dan dibalik senyum itu juga-- pastinya, tersirat satu keazaman, untuk terus bangkit dari kegagalan, lantas bangun menuju kejayaan.

SECOND LOL

well, konon nak buat second blog-- sebab yang first asalnya nak luah perasaan yang paling dalam. and yg second ni kononnya nak luah yang tak berapa dalam sangat. sekali, nak edit blog pun dah terkial-kial. nak define term jadah menda pun dah tak reti. LOL. sia-sia belajar SCom setahun kat matrik. tak guna betul kau aiza. and cadangnya first blog nak move on dari blogskin. konon. well, as i said just now, terkial-kial. nanti la belajar balik. nanti tu -- 10 tahun akan datang, sambil-sambil buat susu anak. LOL. adios amigos.